Friday, May 24, 2013

Timbulnya minat untuk membeli dx lingerie

Sebagai permulaan, saya ingin berkongsi macam mana saya boleh berminat untuk membeli dx lingerie. Individu yang bertanggungjawab memperkenalkan dx lingerie kepada saya adalah adik ipar saya sendiri iaitu Ika. Ika telah pun memakai dx lingerie selama 3 bulan. 

 

 

Sebelum ini pun, saya memang pernah dengar pasal dx lingerie daripada kawan-kawan. Tapi tak pernah nak amik tahu secara mendalam. Bila orang sekitar saya sendiri dah start pakai dx lingerie dan saya sendiri nampak keberkesanannya. Timbul lar minat untuk mengetahui secara dekat.

 

 

Banyak juga dengar maklum balas yang positif dari ika pasal dx lingerie. Contohnya dx lingerie selesa dipakai dan tidak menyukarkan pergerakan untuk membongkok sebab dx lingerie tidak mempunyai tetulang besi. Certain2 korset yang dijual di pasaran mengandungi besi. So, bila nak buat pergerakan seperti membongkok akan menyakitkan bahagian badan.


 



 

Nak dipendekkan cerita, one day ika tanya dekat saya nak fitting dx lingerie sebab klau nak fitting dia boleh panggilkan kawan dia yang ada sample beg dx.  So saya pun setuju untuk fitting sebab kalau fitting tak beli pun tak pe. Just nak survey2 dlu.


 

 

Tiba hari yang dijanjikan, kawan dia datang kerumah bersama beg sample. Teruja juga tengok beg sample dx ni sebab beg dia dah macam beg ala-ala Akademi Fantasia. Prosess fitting pun senang jer. Just amik ukuran saiz badan dan dapatkan sample dx lingerie berdasarkan saiz customer. So bila dah amik ukuran badan saiz yang disyorkan pun akan menurut saiz badan kita sendiri. Macam saya ni masa fitting, saiz yang disyorkan adalah saiz 75.

 

 

Bila saya pakai fitting dx lingerie ni, memang rasa sangat selesa disebabkan fabrik yang digunakan adalah fabrik yang berkualiti tinggi. Saya duk pakai dx lingerie selama hampir 1 jam semasa prosess fitting tu.. Tujuan saya adalah untuk pastikan yang korset ni adalah betul-betul bersesuaian dan untuk pastikan tiada kesan-kesan sampingan seperti pening kepala atau kesukaran bernafas terhadap pemakaian berterusan.. 


 

 

It took me about a week untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama saya ada juga membuat sedikit pencarian melalui internet mengenai dx lingerie. Melalui pemerhatian saya, semua komen dan feedback yang terdapat didalam blog,website & forum adalah positif. Ada juga perbandingan yang dibuat diantara dx lingerie dan jenama lain... and all i can say, dx lingerie is the best.. 


 

 

Minta juga pandagan daripada Encik Abang yang tersayang. Encik Abang pun ok jer sebab adik dia yang promote dan pakai. So saya pun membuat keputusan untuk membeli dx lingerie. Pada mulanya nak guna pinjaman Aeon. Tapi Encik Abang sudi memberi kemudahan kad kreditnya untuk membeli dx lingerie. Sebab nak apply Aeon lambat sikit. Nak kena tunggu kelulusan dan melibatkan sedikit documentation (Prosess yang sama nak apply loan). Tapi dengan kad kredit, just swipe pastu boleh convert kepada EPP (easy payment).